
Secara peribadinya, saya kagum dengan gaya kepimpinan Presiden Amerika merangkap pemegang title Presiden Dunia, Barrack Obama. Saya sanggup membeli buku mengenai beliau karya NAJIB AMIN SAHIB keluaran KHARISMA NETWORK SDN. BHD. dan edaran AR-RISALAH PRODUCTS SDN. BHD. dengan harga RM18.90 di Plaza Masalam, Shah Alam. Beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat yang pertama berkulit hitam. Aliran corak kehidupan beliau sangat mangagumkan saya. Beliau dilahirkan pada Ogos 1961 di Honolulu.
Anak pasangan Ann Dunham, seorang wanita kulit putih berambut ikal yang bebas daripada pegangan sebarang agama dan Barrack Hussein Obama Sr., lelaki kulit hitam, warga Kenya beragama Islam ini tidak menyangkal Islam. Setelah bercerai dengan ayah kandungnya, ibunya kemudian berkahwin dengan Lolo Soetoro, berasal dari Indonesia dan beragama Islam seterusnya menetap di Jalan Kiyai Haji Ramli, Menteng Dalam, Indonesia. Kerana penduduknya tidak ramai, kedatangan keluarga itu sempat menarik banyak perhatian.
Beliau memilih untuk hidup sebagai Kristian kerana lebih mempercayai ajaran agama tersebut. Namun begitu, beliau langsung tidak menyangkal Islam. Saya kagum dengan kenyataannya pada 3 Jun 2009 mengenai hubungan Islam-Barat. Beliau sempat memetik ayat al-Quran. Berikut adalah keratan Berita Harian Online, 4 Jun 2009:
Download artikel ini, klik logo Word dibawah..
