IP

Friday, June 5, 2009

Dunia IT

Wah! Susah juga rupanya Information Technology (IT) ni. Nasib baik la memang kesukaan saya menggodam-godam ni. Saya nak tukar template untuk blog ni, hampir satu jam belajar baru la boleh. Terima kasih kepada informasi daripada internet.

Sememangnya teknologi ini bagi saya tersangat-sangatlah penting untuk kehidupan seharian kita kerana melalui teknologi ini kita dapat meneroka dunia. Bak kata orang, dengan hanya sentuhan satu jari, anda boleh tahu perkembangan dunia. Tapi satu yang saya tak berapa gemar sangat, penyalahgunaan teknologi..!! Mereka di luar sana ramai yang salah guna teknologi. Sepatutnya mereka menggunakan teknologi dengan betul bukannya ke arah pornografi, hacking. Cerita pasal hacking, saya pernah kena sekali. Laman sembang Myspace saya dihack. Entah manusia mana yang buat benda terkutuk tu. Isy geram dibuatnya.

Baru 6 hari tak online, sekali online dia tulis kat situ "Your account been phished". Punyalah panas, Tuhan je la yang tahu. Tapi apa boleh buat. Setelah digodam kemudiannya, akhirnya okey balik. Kalau ikutkan hati, nak je kerat orang yang buat tu 14 potong.

Orang tua-tua cakap la kan, kalau 44 kali orang sebut benda jahat, memang jahat la orang tu. Tak ke diorang fikir, kalau la dia hack akaun orang, pastu mesti orang tu geram. Paham-paham la bila da geram, ada saca la yang nak dicarutkan. Kalau da 44 kali orang cakap benda ~~tuut~~ tu, memang ~~tuut~~ la dia.

Apa pun, kita kena percaya pembalasan masih ada untuk mereka di akhirat kelak. Semoga dapat mengambil iktibar. Harap ubah perangai. Ok la. Adios!

blog comments powered by Disqus