Bukit Puteri, satu tempat pelancongan kat Terengganu. Tak sah kalau pelancong yang datang, tak naik atas bukit ini. Sebenarnya untuk pengetahuan, orang Terengganu sendiri bukan semua dah naik. Saya duduk di Terengganu selama 14 tahun tak pernah lagi naik atas bukit ni. Tapi ada satu rahsia. Moyang saya, Che Ngah a.k.a Mok Ebong(masih hidup) berumur lebih kurang 105 tahun, adalah seorang penari istana Terengganu di zaman Sultan Ismail dan Sultan Mahmud. Saya pulang ke Terengganu pada cuti pertengahan tahun 2009, 29 Mei - 2 Jun 2009. Masa inilah saya ambil masa paling lama bersama dengan moyang saya. Cerita beliau, di atas bukit itu ada sebuah loceng, orang Terengganu sebut ghete. Rahsianya, dulu waris saya lah yang membunyikan loceng itu. Satu lagi rahsia katanya, Bedil Beranak, cuma orang tertentu sahaja boleh pegang, kalau orang lain pegang akan demam. Pernah terjadi, orang pegang bedil tu, balik sampai demam. Saya tanya moyang saya: "Doh kalu kite nok pegang buleh dok?" maksudnya "Habis tu, kalau saya nak pegang boleh?". Die jawab: "Kalu awang nok pegang, kene wak gini...." maksudnya
"Kalau awang(panggilan kepada lelaki) nak pegang kene buat macam ni....". Beliau cerita macam mana nak buat. Tapi saya tak boleh bagitau anda semua lah. Ini kira rahsia. Kalau saya berpeluang, saya nak naik bukit ni. Semenjak saya duduk Selangor, semangat saya untuk melawat tempat-tempat bersejarah di Terengganu semakin membuak-buak. Sebabnya, saya sia-siakan 14 tahun masa saya duduk kat sana dulu. Bila saya di sini, barulah saya tau, betapa ruginya saya. Jangan risau, kalau saya naik atas Bukit Puteri, saya akan cerita. Kalau ada apa-apa cerita yang nak kongsi cuma komen je blog ni.
Wednesday, June 3, 2009
Bukit Puteri
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)