IP

Monday, July 27, 2009

Pemansuhan UPSR

Saya tak setuju usaha untuk memansuhkan UPSR. Apa untungnya? Biarkan je la pelajar-pelajar lebih menguasai apa yang dipelajari. Pemansuhan UPSR akan mencacatkan sistem pendidikan negara. Tak percaya? Test la buat. Sepatutnya pelajar perlu didedahkan dengan peperiksaan besar yang sebenar supaya mereka lebih bersedia.

Sepatutnya setiap 3 tahun sekali pelajar diuji dengan peperiksaan besar. Dulu, ujian Penilaian Tahap Satu (PTS) dimansuhkan. Ujian PTS yang sepatutnya diambil oleh pelajar darjah 3 dimansuhkan. Apa guna dia belajar untuk 3 tahun tu??Memangla digunakan untuk UPSR, tapi ada ke dalam UPSR tanya 1 + 1 berapa?? Kalau setakat Ujian bulanan tak boleh kira. Ujian bulanan sekolah buat, tak pun JPN buat. Kita kena jugak ambil kira benda tu.

Apa yang saya nak cakap kat sini, benda-benda macam ni jangan diPOLITIKkan. Yes! Saya memang cenderung kepada politik. Tapi perkara seperti ini yang boleh menjejaskan reputasi Sistem Pendidikan Negara yang saya kira is the best among the best in this world. Jadi, fikir-fikirlah orang yang terlibat. Jangan la sebab dah setuju untuk memansuhkan PPSMI yang menjadikan pelajar sekolah sebagai bahan uji kaji ni, lagi nak buat hal ke?




Mana nak dapat lagi 5A??(Klik gambar untuk lebih seksi)


p/s: Kalau siapa berani nak komen.. Jom berDEBAT.. Amacam???!!!

blog comments powered by Disqus