IP

Thursday, August 6, 2009

Bas Konsurtium Nasional

Wah!! Agak lama tak update blog ini. Bukan sebab apa. Busy sikit. Tahun depan saya akan menjadi Timbalan Ketua Pengawas 1 dan Ketua Editor. Tapi bagus juga sebab saya lebih suka jadi Ketua Editor majalan 2010. Kalau jadi Ketua Pengawas tak dapat jadi Ketua Editor. Kalau nak jadi Ketua Editor maknanya tak dapat jadi Ketua Pengawas la tu. Ha3.








(Nak cerita pasal hal-hal daripada gambar di ats)
Baik, sebenarnya banyak nak cerita sebab dah lama tak update blog ni. Nak dijadikan cerita, anda pernah naik tak Bas Konsurtium Nasional? Untuk pengetahuan anda, penjual tiket bas tersebut selain daripada kaunter akan diberi komisyen. Bas lain tak (kot). As far as I know mereka memberi komisyen. Kalau dah nak dapat duit komisyen tu memang macam-macam la mereka buat semata-mata untuk dapat duit tu termasuk menipu.

Alkisah, suatu hari selepas diumumkan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) tak jadi buat konvokesyen kerana 17 orang pelajarnya dijangkiti Influenza A (H1N1) sampai dimurkai oleh Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah . Disebabkan kerana Presiden KIPSAS, YH Dato' Hj Hashim bin Abdul Wahab menghadap tuanku dan beritahu yang mereka masih mahu meneruskan konvokesyen itu walaupun tuanku kata better tak payah sebab Influenza A (H1N1) makin berleluasa sekarang. Tapi Dato' nak juga. Tanggung la akibatnya. Hmm.

Sambung cerita, KIPSAS tak membenarkan pengambil² konvokesyen ni balik menaiki pengangkutana awam dan parents kena ambil. Kakak saya dan kawan dia juga salah seorang daripada pengambil konvo ini. Kawan kakak saya ni orang Kelate, dan ada parents dia ada masalah sikit nak ambil. So, dia ikut la kakak saya balik Selangor sebab kakak saya balik dengan ayah saya. Lagipun ada la juga teman nak kecek Kelate ngan mak saya. ha3.

Sambung cerita, kawan kakak saya tu nak balik Kelantan mak ngan ayah saya pergi la cari tiket kat Klang Sentral. Nak naik kat bas kat sana. Bas 2 tingkat Konsurtium. Kawan kakak saya ni gayat naik bas 2 tingkat. Jadi, mak saya berusaha la cari tingkat bawah. Cari punya cari dapat la tempat duduk nombor 23. Kononnya bawah. Tapi bila nak naik tingkat atas. Macam mana buat kerja ni?? Kalau kat Terengganu memang dah kena maki. Ok la. Adios.

blog comments powered by Disqus