IP

Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad kembali ke Rahmatullah

Yasmin Ahmad adalah antara seorang pengarah Melayu yang berjaya membawa nama Malaysia ke persada seni antarabangsa. Namun, perjuangan beliau untuk mengharumkan nama Malaysia terhenti setelah Malaysia digemparkan dengan kematian beliau pada 23 Julai 2009.

Beliau dikatakan pengsan di Sri Pentas TV3 Bandar Utama ketika sedang mengemukakan kertas kerja projek beliau bersama TV3. Setelah koma selama beberapa hari dan menjalani pembedahan, beliau telah disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 malam, 23 Julai 2009. Kehilangan beliau adalah satu kehilangan yang agak besar.

Menerusi filemnya, Mukhsin lakonan Shafie Naswip, Sharifah Aryana dan Syarifah Aleya telah melonjakkan nama Malaysia apabila menang dalam Festival Filem Antarabangsa. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau.

Kewujudanmu tidak ku sedar, pemergianmu ditangisi

AL-FATIHAH

blog comments powered by Disqus