IP

Saturday, August 15, 2009

Ustaz Asri Pemergianmu Dirasai



Ustaz Asri dari kumpulan nasyid tersohor Rabbani dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi 12 Oktober 2009 akibat serangan jantung ketika di Hospital Pantai, Bangsar.


Sebelum itu, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ustaz Asri meninggalkan seorang balu, Haliza, 38, dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.
Al-fatihah dan takziah buat keluarganya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

blog comments powered by Disqus