IP

Sunday, August 30, 2009

Merdeka

Alhamdulillah. Akhirnya kita dapat lagi menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Sebenarnya dah lama saya x update blog ni. Bukan apa sibuk sikit.hu3.. Tapi saya nak kongsi sikit cerita. Saya dapat daripada kawan saya mengenai sejarah lagu kebangsaan kita iaitu lagu Negaraku.

Saksikan video dibawah. Lagu yang sentiasa kita nyanyikan setiap Isnin di sekolah atau setiap Ahad untuk yang berada di Terengganu, Kelantan dan Perlis.

Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertahkta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertahta

My country, the land where my blood is shed,
The people live united and progressive,
Blessings of happiness, may God grant,
(And that) our King may reign in peace.
Blessings of happiness, may God grant,
(And that) our King may reign in peace.

Tapi, tahukah anda lagu Negaraku ini sebenarnya asal daripada sebuah laguyang dicipta oleh seorang kafir laknat daripada Perancis pada abad ke 19?

Pierre-Jean de Béranger (1780-1857)

Ni la gambarnya.. Lagu Negaraku yang 'kononnya' dari lagu Terang Bulan sebenarnya adalah dari lagu yang dicipta oleh Pierre-Jean de Béranger. Percaya tak? Kalau tak percaya layan video kat bawah. Sure terkejut..

Haha..saya pun terkejut dengan apa yang didedahkan kawan saya ni.. Saya tak berapa pandai sangat sejarah. Tapi ni..pergh,,..mengejutkan.. Saya petik petikan daripada blog kawan saya:

"Selama bertahun2 ditipu.Sumpah aku tak tahu pun benda ni doe! Hmm,kemudian semasa konfrontasi Malaysia-Indonesia,budak2 pemimpin hingus telah memasang lagu terang bulan di cecorong(radio) bagi mengutuk Tunku Abdul Rahman yang menganggap negaranya telah merdeka tetapi masih tidak mampu mencipta lagu kebangsaan sendiri malah menciplak lagu org lain."

Lagu Terang Bulan(Trang Bulan) ini sebenarnya bertajuk Mamula Moon.Seperti yang saya katakan tadi,ia dicipta pada abad ke 19. ni hakikat.Selama 50 tahun lagu terang bulan terbarai.Rahsia ini disimpan oleh budak-budak United Malay National Organization selama bertahun2.Namun,ia terbongkar juga akhirnya.Oklah! Tak puas hati kan? Layan video ni dan nilai2kan.(Terang Bulan yang menjadi inspirasi kepada penciptaan lagu Negaraku..ayah saya cakaplah..)

Terang Bulan (Indonesian song)

Terang bulan
Terang bulan di kali
Buaya timbul disangkalah mati
Jangan percaya mulutlah lelaki
Berani sumpah 'tapi takut mati
Jangan percaya mulutlah lelaki
Berani sumpah 'tapi takut mati


Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Memotong padi semua orang
Sedari pagi sampai petang


Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Bersenang hati sambil bersuka
Tolonglah kami bersama sama

Beberapa tahun lepas timbul pulak kontroversi seorang pelajar cina Malaysia yang belajar di oversea kutuk Negaraku, tapi tak ada apa-apa tindakan pun. Siap kutuk azan pulak tu.

Menurut rakan saya lagi:

"Oklah,menurut cerita...Lagu ni sebenarnya lagu yang merupakan inspirasi lagu kebesaran Negeri Perak.Lagu ini merupakan lagu kegemaran ramai penduduk Perak ketika itu.Lagu ini pada asalnya merupakan rentak sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ala,gambar kafir laknat yang aku upload kat atas tu.Kemudian,lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahe yang terletak dalam Kepulauan Seychelles.Ala,kalau anda ingat ada dalam BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN DUA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA pasal kisah ni di mana Raja Muda Perak,Raja Abdullah Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Ja'afar Safiunddin Muazzam Shah telah dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles,telah memperkenalkan lagu yang diberi nama Trang Bulan sekembalinya semua baginda ke Negeri Perak.

Raja Muda Raja Abdullah telah menulis seni kata lagu 'Allah Lanjutkan Usia Sultan' yang disesuaikan dengan irama lagu Terang Bulan dan kemudian menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan dan irama ini kemudiannya dipilih sebagai irama lagu kebangsaan Malaysia.

Begitulah serba sedikit cerita.Hal ini pun Ayah aku yang bangkitkan haritu.Aku pun wat la sket research.Terima Kaseh la ayah! ...Sebelum ini aku ada baca buku bertajuk The Other Side Of Mahathir di mana Mahathir telah menentang penggunaan irama terang bulan sebagai lagu kebangsaan.Jadi,aku tertanya2 dan sekarang segalanya terjawab.Kalau anda masih tidak percaya akan apa yang saya ceritakan.Anda bolehlak mengoogle,search kat youtube,dan cari la! Anda tidak perlu bertanya kepada pihak yang selama ini menipu kita.Dari sini aku dapat satu pengaaran bahawa aku tak boleh lagi bergantung kepada buku2 sahaja kerana bukan semua betul pun kan?? Jadi,itu je lah kot.Maaf jika ada terkasar bahawa.Tiada maaf dipinta kerana ini adalah penulisan ikhlas."

Terkejut gak saya.. Tapi apa pun, inilah hakikatnya lagu yang kita bangga-banggakan selama berpuluh-puluh tahun ini..

Credit to http://andagila.blogspot.com

blog comments powered by Disqus