IP

Monday, July 13, 2009

Black dan Mas Idayu juara Mentor musim ke 3



Semalam, 12 Julai menyaksikan konsert akhir Mentor musim ke 3. Konsert tersebut menyaksikan gandingan 3 peserta iaitu Hanifah Md Hanafiah atau Black, Camellus De'lelli Anam atau Chaq dan Hunanis Zafira Huzaini atau Fira. Masing-masing merebutkan hadiah RM 100,000.00 dan kereta Kia Spectra 5 sumbangan Oriva. Akhirnya pengumuman dibuat oleh Ally Iskandar selaku pengacara bahawa Black, 22, dinobatkan sebagai juara.

Seperti dijanjikan mentornya, Mas Idayu, sekiranya Black menjadi juara, Black akan dapat mematahkan rotan yang digunakan selama ini oleh Mas Idayu untuk merotannya dan itu telah menjadi satu kenyataan.





Sejurus namanya diumumkan, Black terus memeluk Mas. Mungkin kerana terlalu excited dengan kemenangannya.



Black memungut peratusan tertinggi iaitu 75 peratus diikuti Chaq dengan 52.8 peratus dan Fira sebanyak 35.6 peratus. Namun begitu ketiga-tiga protege ini masih lagi tidak pulang dengan tangan kosong. Black dengan RM 100,000.00 dan Kia Spectra 5 sumbangan Oriva, mentornya, Mas Idayu dengan RM 100,000.00. Chaq pula membawa pulang RM 30,000.00. Tidak ketinggalan Fira yang berada di tempat ketiga mendapat RM 10,000.00.

Ini bingkisan foto juara Mentor musim ketiga:



Untuk mendapatkan gambar ini klik kanan di tetikus dan pilih Save Picture As...

blog comments powered by Disqus