IP

Saturday, July 11, 2009

1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1Malaysia



KUALA LUMPUR, 11 Julai - Datu Seri Najib Tun Abdul Razak Sabtu ini membuat 11 pengumuman 'mesra rakyat' sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Berucap di majlis '100 Hari Najib Bersama Rakyat' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Perdana Menteri berkata, untuk meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayat Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.

Najib berkata ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara sahaja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa.

Berita dipetik daripada:


Berita penuh klik sini.

blog comments powered by Disqus