Kami sedia membantu
Kerana cintakan bangsa
Bekerja capai mutu
Berdikari motto utama
Ilmu seumur hidup serta amanah
Hapuskan sistem penjajah
Rintangan dalam sejarah
Jiwa demokrasi keupayaan koperasi
Jangan harap subsidi
Berdiri atas kaki sendiri
Kuatkan semangat bangunkanlah jiwa yang hebat
Bersatu demi rakyat hidup dalam muafakat
Wawasan 2020 kita tidak akan mengeluh
Bersedia berstrategi menentukan nasib sendiri
Berikut adalah petikan lagu "SEMANGAT KOPERASI" yang dinyanyikan di sekolah-sekolah sempena hari koperasi. Hari-hari dalam minggu ini dipilih oleh sekolah-sekolah di Malaysia untuk menjayakan Hari Koperasi. SMK Tengku Ampuan Jemaah, Pelabuhan Klang telah memilih 24 Jun 2009, Rabu sebagai Hari Koperasi Sekolah (HKS) dengan tema INTEGRASI KOPERASI SEKOLAH DAN KOPERASI DEWASA TERAS KECEMERLANGAN.
Sedikit sejarah mengenai HKS:
Perayaan HKS telah mula disambut sejak tahun 1995 dan tahun ini merupakan tahun ketiga HKS disambut di peringkat sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.
Tahun 2009 merupakan tahun keempat HKS disambut di peringkat sekolah dan pada tahun lalu (2008), sambutan daripada warga sekolah dan masyarakat setempat amat menggalakkan. Koperasi sekolah telah berjaya memainkan peranan sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.
Menceritakan mengenai HKS di SMK Tengku Ampuan Jemaah, Pelabuhan Klang. Guru yang bertanggungjawab adalah Puan Noralina binti Mokhtar. Penyelarasan objektif untuk HKS 2009 untuk SMK Tengku Ampuan Jemaah adalah:
- Mencanangkan tentang kehadiran koperasi sekolah dan aktiviti koperasi dalam gerakan koperasi negara.
- Memperlihatkan kemantapan dan keupayaan koperasi sekolah dalam mempraktikkan dan memperkayakann budaya bekerja bersama-sama di kalangan masyarakat sekolah.
Antara aturcara yang telah disusun adalah:
7.30 pagi : Semua guru dan pelajar mengambil tempat di Dataran Harmoni
7.35 pagi : Nyanyian lagu Negaraku dan Semangat Koperasi
7.40 pagi : Ucapan PK Kokurikulum, Encik Taharuddin bin Sheikh
7.50 pagi : Perutusan (YB Menteri Pelajaran - Puan Deva Mary)
(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Encik Ahmad Hafizuddin)
(Yang DiPertua ANGKASA - Cik Rahabaidah)
8.00 pagi : Sumbangan pokok hiasan (Edaran Tanda Peringatan HKS)
9.50 pagi : Jualan Istimewa Domino's Pizza
Nilai-nilai koperasi:
AMANAH
SADIQ
JUJUR