IP

Monday, September 14, 2009

Evolusi Natrah



Salam 1 Malaysia! Kali ni saya nak ceritakan mengenai Maria Huberdina Bertha Hertogh atau nama Islamnya Natrah atau Nadra. 


Menurut satu sumber, mengatakan Natrah pulang ke Malaysia bersama 2 orang wartawan dan suaminya, seorang Indonesia pada raya tahun 1998. Di situlah titik pertemuan yang terpisah selama hampir 50 tahun.


Siapa Natrah?

Natrah sebenarnya adalah anak kepada seorang tentera Belanda di Indonesia. Ketika itu, ibu angkatnya Mak Cik Aminah, seorang pedagang yang pernah mengikut suaminya menetap di Jepun dan sampat mempelajari bahasa Jepun ke Jawa, Indonesia. Di Indonesia, Mak Cik Aminah tinggal di sebelah rumah ibubapa kandung Natrah. Mak Cik Aminah seorang yang lembut lidah dan tidak betah bercakap dengan siapapun membuatkan beliau menjadi rapat dengan keluarga kandung Natrah.


Suatu ketika, bapa kepada Natrah ditangkap oleh Jepun ketika kedatangan Jepun ke Indonesia dan dibicarakan di mahkamah tentera Jepun. Disitulah, Mak Cik Aminah berjasa kepada keluarga kandung Natrah dengan menjadi jurubahasa membela Tentera Belanda.


Kemudiannya, Natrah diserahkan kepada Mak Cik Aminah untuk dijadikan anak angkat. Ketika bersama Mak Cik Aminah, Natrah diIslamkan dan diajar dengan cara Islam. Pada tahun 1950, Belanda menuntut hak penjagaan Natrah dan memaksa Natrah untuk MURTAD!


Natrah dipaksa melutut pada patung Virgin Mary dan gambar tersebut disebarkan di  akhbar Straits Times menyebabkan penduduk Islam di Malaysia dan Singapura naik berang dan mengadakan demonstrasi untuk membantah keMURTADan Natrah. Akibatnya 177 orang cedera, sebahagiannya parah, 18 orang meninggal dunia, beratus orang dipenjara dan 200 buah kereta dibakar. Paling menyedihkan sekali ketika melihat mereka yang terkorban dalam tragedi Natrah dan salah seorang daripada mereka mati dalam keadaan tangan al-Quran. Masya-Allah.


Itu sahaja yang dapat saya lebarkan daripada pembacaan buku Al-Islam edisi September 2009 dan saya kongsikan bersama pembaca untuk menunjukkan bahawa Islam sekarang sudah rapuh bagai retak menanti belah jika dibandingkan dengan islam yang dipegang oleh nenek moyang kita dulu. Buktinya ketika kita digembar-gemburkan mengenai kes Nor Aishah Bukhari pada tahun 1988 dan kes Lina Joy pada tahun 1999.


Islam perlu berdasarkan akidah yang telah diperajar oleh ibubapa dan guru-guru kita yang mengatakan bahawa MURTAD itu adalah sesuatu yang sangat besar dosanya bahkan rohnya juga akan terapung-apung di udara dan tidak diterima di sisi Allah.


Wallahua'lam...

blog comments powered by Disqus