IP

Friday, July 17, 2009

Sambutan Bulan Israk Mikraj

Pembedahan Dada Nabi s.a.w yang simbolik

Nabi Muhammad s.a.w sebelum dibawa mengembara menerusi peristiwa israk dan mikraj, baginda s.a.w terlebih dahulu telah dibedah dadanya oleh malaikat Jibril dan dibantu oleh malaikat Mikail, dikeluarkan jantung hatinya, lalu dibersihkan segala kekotoran yang terdapat padanya dengan air zamzam. Setelah bersih, barulah dada Nabi s.a.w dijahit tanpa merasai sebarang kesakitan.

Pengajaran terpenting yang boleh kita ambil daripada peristiwa pembedahan simbolik yang berlaku kepada Nabi s.a.w ini, bahawa setiap insan tidak terlepas daripada kekotoran dosa, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w maksudnya :


Semua anak Adam banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang banyak bersalah adalah orang yang banyak bertaubat.

blog comments powered by Disqus