IP

Monday, July 20, 2009

AL-FATIHAH

Anda ingat tak moyang saya yang saya cerita pasal Bukit Puteri dulu, Che Ngah @ Mok Ebong. Beliau baru sahaja meninggal sakit tua pada petang tadi kira-kira pukul 3.30 petang di rumah anaknya Durian Burong, Kuala Terengganu.

Hmm... Patutlah masa saya balik kampung cuti hari tu terasa macam nak cakap sangat ngan dia. Dia pon ada tanya: "Awang nok balik doh" maksudnya "Awang (panggilan untuk lelaki) dah nak balik ke?. Saya cakap belum. Sebab keesokkan harinya barulah saya pulang ke Selangor. Lepas tu dia cakap "Alhamdulillah". Dari situ sebak rasanya.

Sejak saya pindah Selangor, baru 2 kali saya pulang kampung di Terengganu. Masa saya pulang kali pertama, saya tak berkesempatan nak jumpa dengan dia. Tapi masa saya pulang kali kedua barulah saya sempat bercakap dengan dia. Boleh katakan hari-hari saya bercakap dengan dia. Pendek kata, saya banyak habiskan masa dengan dia lah. Tak disangka rupanya Tuhan dah gerakkan hati saya untuk bercakap dengan dia dan suruh dia ceritakan semua rahsia dia supaya rahsia keluarga ini tidak lupus. Maybe.. hmm.. Anyway Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Mok Ebong.

AL-FATIHAH

blog comments powered by Disqus